Saturday, 30 April 2011

Kemakam Bonda



Antara banyak2 sajak, yg aq paling suka ialah "kemakam bonda" by Usman Awang.
Sedih tau bila kita hayati sajak ini.. 


Dlo aq pernah gak sertai pertandingan sajak.. 
Ni la yg aq bawa, tp x ingat la dpt no brapa.. tp ada no jga la.. hehe..


Ni citer pasal sorang anak mengenangkan ibu beliau yang telah meninggal dunia.
kasih sayang ibu nya dya dah x dapat rasa dah..
Oleh itu, kwn2 kita yg masih ada ibu ni, bersyukur lah..
sayangi mereka.. selagi ibu masih ada di sisi kita, hargailah beliau.. 
sesungguhnya tidak ada galang ganti kedudukan ibu kita dalam dunia ini sekiranya beliau sudah pergi..


Di sini, buat my mom, Norliha binti PG Duraman, i wanna say that i love u very much.. 
Terima kasih atas segala-galanya.. 
From giving birth of me and raised me until now.. 
x pernah rasa kurang dari segala segi.. terima kasih banyak bu.. 
pengorbanan mu Insya Allah akan ku balas satu hari nanti.. 
Doaku sentiasa memohon agar Allah sentiasa memanjangkn usia baba n babu.. aminn..


Apa pown aq ada post dkt bawah ni.. korang hayati la.. 
Ehm kalau ada muzik msti bole kuar air mata ni..



Kemakam Bonda by Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda


Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi


Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap


Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi


Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan


Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan


Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

No comments:

Post a Comment

ShaΏLiza Copyright ©All Right Reserved